Thursday, September 15, 2011

Zamaniah Hussin



Assalamualaikum....
Syok baca cerita kawan2, Setelah hampir setahun barulah sekarang ni tiba giliran aku. Lamonyo kumpul bahan cerita ya.. he..he.. Yalah sementara tunggu reunion kali kedua biarlah aku buka cerita aku dulu.

Sebenarnya cerita aku biasa2 je..

1989 :
Aku naik 'lower six' kat SMKK sekali dengan kawan2 lain tapi kejap aje sebab terima tawaran ke ITM Pahang ambik Computer Science. Memamng sedih jugak nak tinggal kawan2 masa tu (Hazama, Ruby, Wan Norhayati, Ruzaidah, dll, kiranya masa tu aku geng la ngan demo2 ni) tapi memang malas nak study lower six. Kenangan masa 'lower six' ni aku sempat jugak mewakili sekolah dlm nasyid bersama ngan Sumaiyah, Che Ros, m'mulah Noni dan kwn2 lain (yalah malas bljr, suka la)

Julai 1989 - 1992 :
Aku sambung belajar kat ITM Pahang, masa tu aku sekali dengan Sumaiyah (Kalu x silap Su ambilan kedua so lambat la sikit jumpa) tp Yusof memang aku tak ingat, course lain la. Dia org course DIS tapi aku DCS. Sebenarnya semasa kat ITM Pahang aku ada terima tawaran sambung belajar kat oversea ambik a/c tp surat sampai lambat so family aku putuskan aku teruskan kat situ so aku teruskan je la. Dah bukan rezeki, tapi aku tak pernah menyesal. 3 semester aku kat ITM Pahang & 4 semester kat Shah Alam (terlebih satu semster... faham2 je la). Aku suka course yang aku ambik sebab rasanya selari dengan minat aku (byk kira mengira, U all tentu tahu kan aku memang minat matematik). Semasa kat Shah Alam aku dapat bersama dengan kembar aku Zamilah (ambik course sama, cuma masuk Jan 90 kiranya junior aku la), dapat duduk sebilik lagi. Tentula suka kan..

1993 - 1994 :
Aku bekerja di sebuah syarikat komputer di Kota Bharu, CIC Computer Centre (dulu aku paktikal sini sebab tu senang dapat). Aku mengajar komputer di sini. Semasa kat sini kalu x silap aku pernah jumpa ngan Fakru kalu dio ingat la.. Dengan kawan2 lain memang x jumpa. Lagi pun aku low profile kat sekolah so kurang contact kawan2. Hujung tahun 1994 aku berhenti sbb syt tu ada masalah.

1995 :
Aku kerja kat syarikat komputer di Ipoh, Institut TENAMA kat Medan Kidd. Kerjanya sama saja mengajar komputer. Aku bertahan kat sini dalam 4 bulan je sbb aku rasa tak sesuai la dok Ipoh masa tu, dengan suasana sekeliling dan x dpt nak cakap Kelantan, aku rasa tension sangat. Masa tu aku dah nekad nak berhenti kerja sebab aku ada mohon ke maktab untuk KPLD. Masa tu aku dah ada perancangan, kalau x dapat maktab aku akan cari kerja kat KL.

Jun 1995 - Jun 1996 :
Alhamdulillah rezeki aku baik, aku diterima masuk ke IPSI, Tanjong Malim, ambik KPLD matematik (first bedge - tak de IT so ambik je la maths). Tak sangka x suka dok Ipoh, tapi masih boleh Perak jugak lagi.

Julai 1996 - 2000 :
Aku mula mengajar, dan dapat posting kat SMK Dato' Ahmad, Lenggong, Perak. Mula-mula posting kena ajar BM & PJK, Ya Allah mcm nak ngajar BM ni. Tapi jadi cikgu ni kena pandai berlakon, so aku teruskan, alhamdulillah. Selepas setahun kena ajar Sains pulak lagi tension sebab seingat aku la, sains adalah subjek yang aklu sangat tidak suka. Masuk tahun ketiga baru dapat ajar matematik... wuh baru rasanya seronok jadi cikgu ni. Tahun 2000 aku jumpa ngan suami aku kat Perak, (aku memang ada jodoh ngan Perak ni. Semua dapat kat Perak. Aku jumpa ngan suami pun di sini).

2001 - 2003 :
Aku dapat sambung belajar sepenuh masa kat UKM selama 2 tahun setengah dan ditaja oleh bank dunia. Alhamdulillah aku dapat, sukanya aku sebab dapat lari dari sekolah. Di sini aku sambung PPLD kursus Teknologi Maklumat. Semasa sambung belajar ni la aku kahwin, April 2001. Aku bergelar student dan pada sama aku baru bergelar isteri. So aku terpaksa korbankan masa belajar dan suami. Suami kerja kat Ipoh, aku belajar kat UKM Bangi, so terpaksalah every week aku balik Ipoh. Nasib baik Ipoh - KL tak lah jauh sangat dlm 2 jam setengah ke 3 jam je. Memang letih. Masa kat UKM ni, aku rasa sangat2 berbaloi belajar sebab aku rasa aku betul2 study... dan result aku pun kira OK. Itu la bila ingat masa SPM dulu, kalu la aku study mcm dok sini, aku rasa aku boleh dapat result yang lebih baik. Semangat dia lain mcm...

2003 hingga sekarang :
Aku dapat new posting di SMK Tarcisian Convent sehingga lah sekarang. Sekarang aku mengajar matematik, tak ngajar IT pun sbb xde subjek IT kat sini. Tapi aku suka ajar maths.

Sehingga kini aku masih belum ada cahaya mata... dah macam2 aku cuba tapi belum lagi dapat. Aku redha dengan ketentuanNya. Alhamdulillah suami pun ok so sekarang ni tak lah tension sangat.

Tahun lepas Disember 2010, ayahandaku kembali ke rahmatullah setelah hampir sebulan berada dalam wad hospital USM Kubang Kerian. Memang sedih sangat... Ini adalah Ramadhan pertama n Aidil Fitri pertama tanpa ayahanda tersayang. Semoga Allah mencucuri rahmat ketas roh ayahandaku.. alfatihah...

Inilah sedikit cebisan kisah dariku....

Gambar lain, sila klik sini

No comments:

Post a Comment