Sunday, September 4, 2011

LtCol Ramli Jusoh

Mula bicara (certa saya panjang- so saya ringkaskan mana yg perlu je...kalau tidak tak best la REUNION nanti):

Selepas tamat SPM:

1. Bekerja di Stesen Minyak Esso tepi Pejabat Pos Besar Malaysia KB sementara tunggu result SPM... lepas tu saya mohon masuk Askar Wataniah,,,menjalani latihan di Kem Sungai Durian, Kuala Krai dan diserapkan untuk pasukan Penembak Malaysia bg Sukan Olimpik Barcelona, ... tapi tak sempat coz saya diterima masuk TUDM selepas tu..

2. Sementara latihan dengan TUDM bermula, saya buat direct selling di KL, saja je nk timba pengalaman... saya balik ke KB sebaik sahaja saya terima surat panggilan (sebelum tu temuduga la) mula latihan,,,

Latihan Pegawai Kadet TUDM:

3. Latihan bermula di Sekolah Pegawai Kadet (SPK) TUDM, Kinrara, Puchong Selangor mulai 6 Feb 1990 hingga Perbarisdan terima Tauliah dari DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (Sultan Azlan Shah) pada 9 Feb 1991.

Latihan Pegawai Muda:

4. Tamat latihan Pegawai Kadet: saya meneruskan latihan Pegawai Muda di TUDM Ipoh selama beberapa bulan menjalani latihan: Ikhtiar Hidup (Survival-makan daun dan umbut je + mana yg boleh makan dalam hutan rimba di Segari, Perak-bula posa lak tu...), hampir2 nk kena sodol dengan babi masa dok sorang2 dalam hutan semasa fasa pengasingan (hibernation)..then, kursus Fund Regiment, Kursus Senjata Pegawai Muda dan Kursus Payung Terjun.

On Job Training (OJT)/Familiarisation Before Flying Course)

5. Tamat kursus di atas, saya bertukar ke Pangkalan Udara Butterworth (masa tu dikenali sebagai TUDM Butterworth) sementara menunggu latihan asas penerbangan..Lama gak la kat ctu..masa tu la saya sempat melawat sahabat kita Noni dengan anak saudara saya yang br berumur 2 tahun..

Flying Course:

6. Then mula fasa kursus penerbangan di Pangkalan Udara Alor Setar (Dulu TUDM Alor Setar..lama juga la...tapi nasib tak menyebelahi saya..disebabkan tak cukup tidor yang agak lama, mata saya rosak dan tidak dapat memberikan tumpuan semasa penerbangan...saya undur diri kerana tidak dibenarkan pakai contact lense..

Pangkalan Udara Butterworth:

7. Ditumpangkan ke Pangkalan di atas untuk menyelia latihan penerbangan Fasa Kajian Bawah (Ground School) my junior intake...sebelum mengikuti Kursus Pegawai Jurutera TUDM di Kinrara ..semasa di sinilah saya berjumpa dengan isteri saya (mula2nya jumpa masa di Pangkalan Udara Alor Setar, semasa mengikuti latihan penerbangan..tp tak perasan...betul la pepatah kata: kalau dah jodoh tak ke mana...yg nk memang berjodoh betul2 tak jd2..he hehe he,,,lama kita tunggu dia..lepas kursus saya kahwin terus..14 Feb 1993..

8. Tamat kursus di atas..saya berkhidmat di No 10 Skuadron, Pangkalan Udara Kuala Lumpur (TUDM Kuala Lumpur, Sungai Besi yang tepi jalan nk ke Plaza Tol Sungai Besi tu.. then saya mengikut Engineer Aeronautical Course dan beberapa kursus lain di beberapa pangkalan Royal Australian Air Force (RAAF), Australia.

9. Selepas tu saya berkhidmat di No 2 Skuadron, Pangkalan Udara Subang sebelum saya mengikuti latihan Pegawai Senjata (pakar) di Pangkalan Udara Butterworth.

10. Tamat kursus...saya bertukar dan berkhidmat di Pangkalan Udara Kuching, Sarawak, hingga pertengahan tahun 1995 (hampir 2 tahun)..

11. Meneruskan pengajian di UTM...tamat tahun 1998...seterusnya..

12. Bertukar dan berkhidmat di No 19 Skuadron MiG-29N mulai 1998-2001..(sambung belajar part time)

13. Bertukar dan berkhidmat di Kolej Tentera Udara sebagi Ketua Jurulatih, Institut Teknologi Aerospace mulai 2001-2002..(sambung belajar part time lagi)

14. 2002-Dipilih sebagai pegawai Tim Projek Perolehan Pesawat Pejuang Sukhoi Su-30MKM...mulai 13 Mei 2002 ..lepas tu kena pi dok kat Russia selama 5 tahun....nk jd cerita punya pasal..saya bertemu jodoh lagi sekali...sebulan sebelum berlepas ke Moscow, Russia (pada masa tu, semua dh siap nk pi, barang2 dh siap.,..semua brg yg nk bawa pi semua dh beli)...

15. Lepas ti saya buat surat kepada pihak tertinggi TUDM yg saya nk kahwin...meletup cerita satu TUDmmm...depa bg saya 2 pilihan antara hidup dan mati...1. kekal pi Russia atau kalau kahwin tak yah pi...(macam tak bg pilihan laaaa..) saya btau saya nk kahwin...pas tu apa depa nk buat..lantak laaaa...itu bukan urusan saya...lagipun bukan saya yg minta nk masuk Tim Pojek..depa yg pilih kerana keupayaan dan pemgalaman saya...

16. Then kena kekalkan juga dalam Tim Projek tp kena kawal projek dr Kuala Lumpur sebagai Tim Pojek Dalam Negeri (coz depa rasa rugi kot kalau saya tak de...he he he)

17. Berjalan satu dunia....sebut negara mana yg tak pi...

18. Lama sgt kat Tim Projek...dan dh terlebih popular,,dan terror (he he he he), saya kena pegang jawatan Ketua Tim Projek yg biasanya disandang oleh pegawai berpangkat Kol TUDM (2 tanga lg di atas saya)...pikul je lah...(sambung belajar lagi niiii..)

19. Dh lama sangat dh kot...depa kekalkan saya di KEMENTERIAN PERTAHANAN juga tetapi bertukar pejabat...coz depa cakap senang nk cari bila nk tanya apa2..

20. Sep 2009- berkursus di Pulau Pinang selama 3 bulan sebagai persediaan kursus yg saya tgh buat la ni...

21. Jan 2010..kursus di Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT)/UM Jalan Padang Tembak, KL sampai Dis 2010..

22. Lepas ni masuk pejabat di KEMENTAH semula la dengar khabarnya..

23. Anak ada 7 orang: 1 lelaki dan 6 perempuan

Umur: 16 th, 15th, 11th, 9 th, 8 th, 3 th, 1 th

Yang lain2 jangan tanya dan jangan dok speculate...faham2 sendiri...(jangan wooo SENSITIF)

Byk lagi tu...tp tak larat nk taip...nanti tak de modal masa
Wslm..
Gambar-gambar lain, sila klik sini

No comments:

Post a Comment