Roshayati

Assalamualaikum...
seronok membaca cerita kwnkwn disini.....lama kita semua meninggalkan laman cerita cerita kita ni ya.... sekrg giliran aku pula utk bercerita ......
Lepas SPM... gembira dan bahagia naik form six (6R5) bersama kwnkwn yg lain dan kwn yg tersyg...
Lepas tu seorg demi seorg meninggalan kelas kerana sambung study di u dan itm....
sedih juga sbb tak dapat g mana mana....then naik upper six(6A5)....awal thn dpt offer ke itm shah alam.....gembira dapat dan dapat cource yg diingini ... sedih juga sbb terpaksa berpisah dgn kwn kwn lain yg disygi....tapi terpaksa melangkah demi cita cita...
1990/1991
ke itm shah alam dlm course diploma in sc bersama dgn maziah (sekelas dan sekolej ), sue pula ke itm pahang. rupanya kami kami ber4 termasuk yusof dlm course yg sama.
masa kat shah alam...shaharudin dan norhayati ibrahim pun disana tapi tak dpt rapat sbb lain cource dan lain kolej.
masa kat itm, tak berapa aktif sgt sbb kononnya nak fokus study ...al maklumlah DIS ni course yg agak susah...
tapi x dapat study dgn baik ......kerana jiwa kacau punya pasal akhirnya selepas semester 2 aku dgn resminya keluar dari itm...
1991( hjg)
duduk sekejap di k.lumpur.... mencari diri ke mana arah seterusnya....then buat keputusan x nak duk kl lagi... dapat offer ke politeknik kuantan
1992-1995
kerana minat bidang sains punya pasal ...msk POLISAS dlm course diploma tek memproses mknan....happy belajar disini sbb belajar main main aje....utk mengisi dan mengubat jiwa kacau ....byk aktiviti dilakukan ... diasrama dan dikampus semua aku pegang termsk di luar kampus....
selepas pratikal selama 6bln di klang...1994 .semester5 dan 6 aku malas nak aktif lagi then duk di luar asrama dgn kwnkwn....
1995(mid) Tamat diploma....
habis study di polisas terus dtg jb.......walaupun tahu ramai kekwn kat kl tapi aku telah buat keputusan utk tidak ke kl lagi.....then terus dpt kerja
bermula dgn bekerja sebagai food tech disebuah kilang mknan (bermula la aku sebg minah kilang)... dan masa yg sama buat part time life ins agent utk mengisi masa yg terluang....
1996
pindah ke tempat kerja baru sebagai lab technician di kilang ubatan
1997 -1999
pindah kerja ke kilang chemical masih lagi sebg lab technician sehingga berhenti menjadi minah kilang....
1997.... sambung study sambil bekerja...SPACE di utm skudai ambil degree dlm sc in education (maths) walaupun nak sambg dlm chemisty tapi bila dah msk semua kena ambil maths pulak...dan bermula aku sebg student dihjg minggu
1999 ( tahun yg paling byk suka duka dlm sejarah hidup aku...)
bermula dari awal thn hingga hjr thn.....mcm mcm hal berlaku....
tarikh dan bulan dah x ingat....
mengambil keputusan utk full time sebagai ins agent selepas kena VSS kerja kilang... kerana masa tu agak berumur dah aku ni ....aku bertunang dgn engineer sama tempat kerja ( perkara yg paling bodoh yg pernah aku lakukan dlm hidup aku ) alamak..... selepas bertunang beberapa bulan aku merasakan aku telah membuat kesilapan dan akhirnya aku meminta utk berpisah dgn cara yg baik dan dgn beraninya aku berjuang sendiri utk melepaskan diri dari situasi tersebut...... fuh lega selepas itu alhamdulillah... aku memgambil keputusan yg tepat......
tahun 2000
Alhamdulillah akhirnya bertemu jodoh dengan suami aku sekrg ni ...
pada 13 jan 2000 ini lah takdir ........jodoh dan ajal ditangan Allah.... kita mampu merancang dan berusaha dia yg menentukan... bermulalah aku menjadi seorg isteri.......hjg 2000 lahir anak yg pertama siti aisyah nabilah....
2001
mengambil keputusan utk tidak meneruskan study kerana masalah anak yg susah utk ditinggalkan ketika utk g kelas.....(walaupun cuma sidikit lagi utk menamatkan pengajian tersebut....)
2003
anak ke 2.... muhammad alif iskandar....
2008
anak ke 3....siti sarah najihah
hingga ke tahun 2011..... masih lagi meneruskan kerjaya sebagai ins agent .dari 2006 hingga kini bersama takaful ikhlas sdn bhd...
selesa dgn kerjaya ini kerana minat , bebas bekerja dan byk masa utk keluarga terutama utk anak anak....
disamping menjadi konsultan ESQ165 kerana ingin berkongsi kebahagian dgn org lain dan byk lagi aktiviti yg dilakukan demi mencari kebahagian didunia dan diakhirat.....
jadi sesiapa yg belum lagi mengikuti tranning esq ini silakan hadiri.... insyaallah anda akan merasai kelainannya....
Gambar-gambar lain, sila klik sini
No comments:
Post a Comment